Perang
Besar di Marikh sudah berakhir.
|
Letih
dan sedih, rakyat Gacau berkulit merah jambu membetis pulang.
"Tiada lagi peperangan. Kami tidak akan berperang lagi!"
rintih mereka. Mereka telah kalah dalam peperangan.
|
|
|
Letih dan sedih, rakyat Kicoh berkulit ungu juga membetis
pulang. "Tiada lagi peperangan. Kami tidak akan berperang
lagi!" keluh mereka, walaupun mereka telah memenangi
peperangan itu.
|
Namun
di medan pertempuran, bilangan rakyat Kicoh yang terkorban
sama banyaknya dengan rakyat Gacau yang mati dan banyak
darah hijau telah mengalir ke bumi. Presiden Tertinggi
rakyat Gacau dan Ketua Raja orang Dacau bertemu di sungai
yang bertindak sebagai sempadan di antara kedua-dua negara
mereka dan bersetuju untuk menandatangani satu perjanjian.
"Tidak akan ada peperangan lagi di antara pihak Gacau
dan Kicoh," mereka berjanji antara satu sama lain.
Dan di kedua-dua negara, rakyatnya mengadakan perayaan
besar-besaran meraikan kedamaian.
|
|
"Mari
kita membersarakan jeneral-jeneral kita!" teriak rakyat Gacau
semasa perayaan mereka.
|
|
|
"Mari
kita pecat fil marsyal kita!" pekik rakyat Kicoh di perayaan
mereka.
|
"Kita
akan menyuruh askar-askar menanam strawberi!" jerit rakyat
Gacau.
|
|
|
"Kita
akan berikan askar-askar mesin jahit!" seru rakyat Kicoh.
|
Tetapi
jeneral orang Gacau berkata, "Kamu tidak boleh buat begitu.
Jika kita tidak lagi mempunyai jeneral atau askar-askar, pihak
Kicoh akan segera menyerang kita. Kita mesti mempunyai tentera
yang kuat dan berjaga-jaga agar perang tidak akan meletus
semula!"
|
|
|
Dan
fil marsyal orang Kicoh berkata, "Kamu tidak boleh buat
begitu. Bila pihak Gacau melihat bahawa kita tidak lagi mempunyai
tentera, mereka tentu akan segera membalas dendam atas kekalahan
mereka dalam perang yang lalu. Jadi kita perlukan askar-askar dan
fil marsyal."
|
"Baiklah,
kami rasa kamu betul," rungut rakyat Gacau.
|
|
|
"Rasanya
betul apa yang dia kata," sungut rakyat Kicoh.
|
Dan
setiap orang kemudiannya pulang ke rumah dan kembali
bekerja, rakyat Gacau ke menara mereka dan rakyat Kicoh ke
gua mereka.
|
|
Dan
jeneral Gacau berkata sendirian, "Aku tidak mahukan
peperangan lagi, tetapi jika aku tidak tunjukkan kepada mereka
bahawa aku adalah jeneral yang berkebolehan, mereka akan meminta
aku bersara." Dan ia berkata kepada Presiden Tertinggi,
"Tentera kita perlukan lebih banyak pedang, agar kita tidak
akan diserang lagi. Tolong kenakan cukai yang lebih tinggi supaya
kita dapat membeli lebih banyak pedang daripada tukang besi."
Dan Presiden Tertinggi mengenakan cukai yang lebih tinggi. Tukang
besi berkata kepada diri mereka sendiri, "Kami tidak mahukan
peperangan, tetapi jika kami menjual lebih banyak pedang, kami
mampu menghantar anak-anak kami ke sekolah-sekolah bertaraf
mewah." Dan pekerja terlatih
berkata kepada diri mereka sendiri, "Kami tidak
mahukan peperangan lagi, tetapi jika kami kata kami tidak mahu
membuat pedang, majikan kami akan memecat kami dan anak-anak kami
kemudiannya tidak akan mempunyai apa-apa untuk dimakan."
|
|
|
Dan
fil marsyal Kicoh berkata sendirian, "Aku mahukan kedamaian,
tetapi jika aku tidak tunjukkan kepada mereka bahawa aku adalah
fil marsyal yang berkebolehan, mereka mungkin akan memecat
aku." Lalu ia berkata kepada Ketua Raja Kicoh, "Saya
dengar pihak Gacau membeli pedang untuk tentera mereka. Tolong
naikkan cukai agar kita dapat menarik lebih ramai rakyat menyertai
tentera." Dan Ketua Raja menaikkan cukai dan lebih ramai
askar masuk tentera. Dan peladang-peladang Kicoh
berkata kepada diri mereka sendiri, "Kami mahukan
kedamaian, tetapi jika kami tidak menjual kentang kepada tentera,
kami tidak mampu membayar kadar cukai yang baru." Dan tukang
jahit berkata, "Kami mahukan kedamaian. Tetapi lebih ramai
askar dalam tentera, lebih banyak uniform yang dapat kami
jual." Dan pembuat lembing berkata, "Kami mahukan
kedamaian, tetapi lebih banyak askar, lebih banyak lembing yang
dapat kami jual."
|
Secara
kebetulan, seorang pencipta di kalangan rakyat Gacau menemukan
sejenis racun, racun yang amat berbahaya. Tetapi racun itu tidak
membahayakan orang Gacau; ia hanya menyebabkan kematian orang
Kicoh. "Aku tidak mahu melakukan sesuatu yang buruk kepada
sesiapa," kata pencipta itu sendirian, "tetapi jika aku
simpan ciptaan ini untuk diriku, aku tidak akan dapat membayar
perempuan penjual susu." Dan dalam sebuah buku, dia menulis
tentang cara menghasilkan racun itu.
|
|
|
Dan
secara kebetulan seorang profesor Kicoh menemukan cara membuat bom
yang dapat menghancurkan segala-galanya di atas muka bumi tetapi
tidak membahayakan orang Kicoh kerana mereka tinggal di dalam gua.
"Aku tidak berniat mengapa-apakan sesiapa," kata
profesor itu sendirian, "tetapi aku harus memaklumkan
penemuan ini, jika tidak rakyat akan fikir bahawa aku tidak tahu
apa-apa tentang ilmu sainsku." Dan dia menulis sebuah buku
menerangkan cara membuat bom itu. Bila fil marsyal Kicoh mendapat
tahu tentang perkara ini, dia berkata kepada Ketua Raja,
"Kita mesti membuat bom ini sebab saya dengar bahawa orang
Gacau mempunyai sejenis racun yang dahsyat yang mereka boleh
gunakan ke atas kita."
|
Dan
kata jeneral Gacau kepada Presiden Tertinggi, "Kita mesti
menghasilkan racun ini kerana saya dapat tahu bahawa orang Kicoh
mempunyai sebuah bom yang berbahaya yang mereka boleh gunakan
terhadap kita."
|
|
Dan
racun pun dicampur...
|
|
|
...dan
bom dihasilkan.
|
Dan
pihak Gacau membina sebuah penyembur yang besar yang dapat
menyembur racun pada orang Kicoh.
|
|
|
Dan
pihak Kicoh membina sebuah belon yang besar yang dapat membawa bom
itu ke arah orang Gacau.
|
Presiden
Tertinggi Gacau kemudiannya berkata dalam satu ucapan, "Kini perang tidak akan berlaku lagi kerana
kita inginkan keamanan, dan pihak Kicoh tidak akan berani
menyerang kita kerana kita mempunyai racun yang dahsyat ini."
|
|
|
Dan
Ketua Raja Kicoh berkata dalam satu ucapan, "Kini akan
terdapat keamanan sepanjang masa kerana kita tidak inginkan
peperangan dan orang Gacau tidak akan berani menyerang kita sebab
kita mempunyai bom yang dahsyat ini."
|
Pada
suatu hari, pembuat besi Gacau berkata, "Kita tidak lagi
mempunyai besi yang cukup untuk semua pedang dan bajak dan sabit
dan gerabak yang dapat kita hasilkan. Kita mesti pergi ke Pulau
Besi untuk mendapatkan besi!"
|
|
|
Dan
pembuat besi Kicoh berkata, "Kita perlukan lebih banyak besi
untuk lembing dan gerabak dan bajak dan sabit kita. Kita perlu
mandapatkan besi dari Pulau Besi!"
|
Maka
orang Gacau menghantar sebuah kapal ke Pulau Besi...
|
|
|
...dan
orang Kicoh juga menghantar sebuah kapal ke Pulau Besi.
|
Bila
kapal-kapal itu pulang, anak-anak kapal memberitahu semua
orang di tanah air bahawa orang lain juga telah mengambil
besi dari Pulau Besi.
|
|
"Orang
Kicoh ambil besi kita!" sebuah akhbar Gacau mengumumkan.
|
|
|
"Orang
Gacau inginkan semua besi itu untuk diri mereka sendiri!"
sebuah akhbar Kicoh mengumumkan.
|
Ini
adalah sesuatu yang dibesar-besarkan, tetapi semua orang
tahu bahawa akhbar-akhbar dengan berita yang menaikkan
semangat lebih laris dijual daripada akhbar-akhbar yang
hanya mengatakan bahawa keadaan tidaklah begitu buruk dan
seseorang itu terlebih dulu perlu melihat bahawa mungkin
tidak ada bekalan besi yang cukup untuk semua. Orang
akhbar pun mahu memperolehi pendapatan seperti orang lain.
|
|
Sekali
lagi, orang Kicoh berasa takut akan orang Gacau...
|
|
|
...dan
orang Gacau berasa takut akan orang Kicoh.
|
"Kita
mesti memiliki Pulau Besi untuk diri kita sendiri," kata
sesetengah orang Gacau, "jika tidak, tidak akan ada
keamanan."
|
|
|
"Pulau
Besi mesti menjadi milik kita," kata sebahagian rakyat Kicoh,
"jika tidak, perang akan meletus lagi!"
|
"Jika
kita tidak mempunyai besi yang cukup untuk membuat bajak, kita
tidak akan mempunyai apa-apa untuk dimakan," kata sesetengah
orang Gacau, "dan racun kita yang dahsyat itu juga tidak akan
menolong kita!"
|
|
|
"Jika
kita tidak ada sebarang besi, kita akan kebulur," kata
sesetengah orang Kicoh, "dan bom kita yang besar itu juga
tidak akan memanfaatkan kita."
|
Dan
orang Gacau menghantar sebuah kapal perang ke Pulau Besi...
|
|
|
...dan
orang Kicoh menghantar sebuah kapal perang ke Pulau Besi.
|
Dan
bila tidak ada pihak yang menang atau kalah dalam
pertempuran itu...
|
|
...orang
Gacau menghantar sebuah lagi kapal perang...
|
|
|
...dan
orang Kicoh menghantar sebuah lagi kapal perang.
|
"Kita
tidak boleh membiarkan mereka membina sebarang kapal perang!"
kata jeneral Gacau dan dengan askar-askarnya, dia menyerang
limbungan kapal Kicoh.
|
|
|
"Kita
harus menghalang mereka daripada membina kapal," kata fil
marsyal Kicoh, dan berserta askar-askarnya, dia menyerang
limbungan kapal Gacau.
|
"Mereka
telah menyerang kita!" teriak rakyat Gacau.
|
|
|
"Mereka
telah menyerang kita!" teriak rakyat Kicoh.
|
"Kita
mahukan kedamaian," kata jeneral Gacau, "tetapi kini
sudah terlambat. Kita terpaksa menyembur mereka dengan racun kita
sebelum mereka menggugurkan bom ke atas kita!"
|
|
|
"Kita
tidak inginkan peperangan!" kata fil marsyal Kicoh.
"Tetapi kini sudah terlambat. Kita terpaksa menggugurkan bom
ke atas mereka sebelum mereka menyembur kita dengan racun."
|
Penyembur
diisi...
|
|
|
...dan
belon besar dilancarkan.
|
"Sekarang
kenalah mereka!" kata orang Gacau.
|
|
|
"Sekarang
kenalah mereka!" kata orang Kicoh.
|
"Kita
kena juga!" kata orang Gacau apabila mereka melihat belon
naik ke udara dengan perlahan.
|
|
|
"Kita
kena juga!" kata orang Kicoh apabila mereka melihat penyembur
raksasa menjelma di kaki langit.
|
"Barangkali
aku sepatutnya tidak mencipta racun ini!" kata si pencipta.
|
|
|
"Barangkali
aku sepatutnya tidak mencipta bom ini!" kata si profesor.
|
"Barangkali
kita sepatutnya tidak membuat sebarang pedang!" kata tukang
besi.
|
|
|
"Barangkali
kita sepatutnya tidak membuat sebarang lembing!" kata pembuat
lembing.
|
"Barangkali
kita sepatutnya tidak menjahit sebarang uniform!" kata tukang
jahit.
|
|
|
"Barangkali
kita sepatutnya tidak menghantar sebarang kentang," kata
peladang.
|
"Barangkali
kita sepatutnya tidak terlalu membesar-besarkan berita," kata
orang suratkhabar.
|
|
|
"Barangkali
kita sepatutnya lebih berpegang kepada kebenaran," kata
mereka yang menulis untuk majalah.
|
"Barangkali
kita sepatutnya tidak menjadi askar," kata
askar-askar.
|
|
"Barangkali
kita sepatutnya membesarakan jeneral kita!" kata orang Gacau.
|
|
|
"Barangkali
kita sepatutnya memberhentikan fil marsyal kita!" kata orang
Kicoh.
|
|
Kemudiannya
seorang rakyat Gacau berkata kepada rakan-rakannya, "Kita
tidak boleh selamatkan diri kita lagi. Namun orang Kicoh -
mereka bukannya lebih bodoh atau jahat daripada kita." Dan
mereka memanjat ke atas penyembur itu dan menumbangkannya, hanya
pada saat sebelum ia mula menyembur.
|
|
|
Dan
beberapa orang Kicoh berkata antara satu sama lain, "Sekarang
kita akan mati kerana kebodohan kita. Namun orang Gacau patut tahu
bahawa terdapat beberapa orang Kicoh yang baik hati." Dan
mereka menyambar tali dan memanjat naik ke belon itu dan
meletupkan bom sebelum ia sampai kepada orang Gacau.
|
"Orang
Kicoh selamatkan kita!" kata orang Gacau, yang berasa
terkejut bila mereka melihat bom itu tidak mencederakan mereka.
|
|
|
"Orang
Gacau berkorban untuk kita!" bisik orang Kicoh, yang begitu
hairan bila mereka sedar bahawa racun itu tidak menimpa mereka.
|
Dan
mereka semua melepaskan pedang dan lembing mereka, duduk
di atas tanah dan merintih, "Uhh! Nyaris-nyaris
mati!" Oleh kerana mereka berasa amat lega, ramai
daripada mereka mula menangis. Mereka kemudiannya
membesarakan jeneral dan fil marsyal, serta Presiden
Tertinggi dan Ketua Raja, dan mereka berkata, "Kali
ini kita harus bertindak dengan lebih bijak!" | |